Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)
Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.
JENIS-JENIS BERSUCI
Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum.
Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran.
Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.
ISTINJAK
Rukun Istinjak
Rukun istinjak ada 3 iaitu :
- Islam
- Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
- Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur
SUNAT-SUNAT ISTINJAK
- Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya.
- Menggunakan tangan kiri
BERISTINJAK DENGAN BATU
Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:
- Pastikan benda tersebut tidak mengalir
- Pastikan najis belum kering
- Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain
BERISTINJAK DENGAN AIR
Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.
BENDA-BENDA BERNAJIS
Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :
- Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia.
- Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
- Darah kecuali hati dan limpa
- Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
- Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor
- Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan
- Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup
Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:
- NAJIS MUGHALLAZAH - Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih.
- NAJIS MUKHAFFAFAH - Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susus ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya
- NAJIS MUTAWASSITAH - Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian.
- Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan air keatasnya
- 'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya
JENIS-JENIS AIR
Terdapat 5 jenis air iaitu :
- AIR MUTLAK - Sifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun
- AIR MUQAYYAT - Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahan dan sebagainya.
- AIR MUTANNAJJIS - Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
- Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.
- Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan
- AIR MUSYAMMAS - Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian
- AIR MUSTAGHMAL - Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.
No comments:
Post a Comment