Peminat Seni & Sejarah

19 October 2011

Menu Rakyat sedap, berkualiti

NAJIB Tun Razak bersama para pelanggan yang makan tengah hari menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika berkunjung ke premis Program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Ukhwah, Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) dan Yang Dipertua Ukhwah, Datuk Rahim Baba (dua, kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengiringi Perdana Menteri, berkata, kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.

"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata kunjungan Najib juga membuktikan bahawa persepsi sesetengah pihak kononnya menu murah di premis atau restoran yang menyertai program anjuran kementerian itu tidak berkuliti, adalah tidak benar.

Katanya, kualiti makanan yang dijual di premis atau restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah sama seperti makanan yang dijual di tempat lain dan kementerian sentiasa turun padang memantau keadaan agar aspek kualiti tidak diambil mudah.

"Saya rasa Perdana Menteri sangat gembira di mana hari ini, beliau dapat merasa sendiri apa yang rakyat rasa dan makan setiap hari dan ini menunjukkan beliau prihatin dengan apa yang dimakan dan dirasa rakyat," kata Ismail Sabri.

Program Menu Rakyat 1Malaysia dilancarkan pada 7 Julai lepas bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat.

Ismail Sabri berkata, program itu menerima sambutan amat menggalakkan dengan sasaran 1,000 kedai menjelang hujung tahun ini dicapai lebih awal kerana setakat ini 1,004 restoran sudah menyertai program itu.

Daripada jumlah itu, Perak mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 152 diikuti Selangor (137), Terengganu (123), Kedah (104), Pahang (103), Sarawak (64), Pulau Pinang (61), Johor dan Sabah (52), Kuala Lumpur (46), Kelantan (41), Negeri Sembilan (34), Melaka (18), Perlis (12), Labuan (tiga) dan Putrajaya (dua).

Menurut Ismail Sabri, bagi kemudahan orang ramai, senarai kesemua restoran yang mengambil bahagian dalam program itu akan diiklankan di akhbar esok.

Beliau berkata, kementerian berharap lebih banyak restoran menyertai program itu yang mensyaratkan semua menu harus mempunyai kombinasi diet seimbang seperti nasi, lauk, sayur dan minuman. — BERNAMA


Sumber dari :
http://www.utusan.com.my

13 October 2011

Kedutaan Malaysia diserang

SEBAHAGIAN daripada peserta demonstrasi berhimpun di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam. - Utusan/Sharuddin Mustafa

JAKARTA 12 Okt 2011 - Jika tahun lalu, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dilempar najis, hari ini ia sekali lagi menjadi mangsa kebiadaban penunjuk perasaan.

Aksi tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Forum Betawi Rempug (FBR) mencetuskan ketegangan sehingga menyebabkan lampu pecah serta kerosakan di pagar bangunan tersebut di Jalan Rasuna Said di sini.

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam setengah bermula pukul 1 tengah hari itu menyaksikan betapa liarnya sikap sebahagian daripada 650 penunjuk perasaan.

Tindakan tidak bertamadun penunjuk perasaan itu juga turut mencederakan sembilan anggota polis Indonesia selepas terkena balingan objek seperti batu, kayu dan buluh yang berusaha mengawal keadaan genting itu.

Penunjuk perasaan itu berhimpun di depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Para penunjuk perasaan yang dipimpin oleh Pengarah FBR, Edwan Hamidy itu turut membawa sepanduk bertulis 'FBR siap mengajari Malaysia cara-cara menjadi negara yang baik'.

Tidak ketinggalan, pelbagai kata-kata kurang manis diucapkan oleh beberapa pemimpin tertinggi FBR yang secara jelas mengecam dan menghina negara Malaysia.

Aksi tunjuk perasaan FBR itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat kepada organisasi berkenaan kerana hasrat untuk menyampaikan nota bantahan berkenaan tidak dilayan oleh pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia mempunyai sebab untuk tidak menerima sebarang nota bantahan itu memandangkan dakwaan FBR kononnya Malaysia menceroboh kedaulatan wilayah mereka tidak pernah berlaku.

Kemuncak kemarahan penunjuk rasa itu terjadi apabila penunjuk perasaan berkeras untuk memacakkan bendera FBR di pagar bangunan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Polis yang cuba menghalang tindakan berkenaan dirempuh oleh sekumpulan penunjuk perasaan itu sehingga mencetuskan kacau-bilau.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta yang terlibat dalam demonstrasi itu kerana tindakan melampau mereka.

Isu ini tercetus berikutan kenyataan Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu.

Susulan itu, empat menteri Indonesia menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkan tidak memiliki sebarang asas yang kukuh.

Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hubungan Keselamatan, Djoko Suyanto bersama-sama dengan Menteri Luar, Marty Natalegawa, Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi dan Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro tampil mempertahankan Malaysia.

"Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928," kata Marty Natalegawa pada sidang media itu.

Berdasarkan rekod sejarah, perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris yang masing-masing menjajah Indonesia dan Malaysia, kata sepakat dicapai berhubung batas garis sempadan kedua-dua negara itu.

Sejak sekian lama kedua-dua Indonesia dan Malaysia sentiasa mematuhi perjanjian berkenaan dan tidak pernah ada sebarang pertikaian yang dibuat. - Utusan


Sumber dari :
http://www.utusan.com.my

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

05 October 2011

Dadah dalam 'cappucino', 'coffeemix' dirampas

M. Govinden bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dari peket 'Super Coffeemix' dan 'Good Day Cappucino' mengandungi syabu pada sidang akhbar di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA di Sepang, semalam.



SEPANG 4 Okt. - Pelbagai taktik terbaru digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk membawa masuk barang larangan tersebut ke negara ini namun ia berjaya dibanteras oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Terbaru, JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM475,000 yang disorokkan dalam paket kecil 'cappucino' dan 'coffeemix'.

Sekali lagi, warga Iran dikenal pasti terlibat sebagai dalang membawa masuk bekalan dadah itu ke negara ini dan ia seperti sudah menjadi satu trend.

Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, tangkapan itu berhasil selepas membuat pemantauan terhadap para penumpang yang tiba di negara ini melalui penerbangan Royal Jordanian dari Amman, Jordan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, JKDM menahan seorang pelancong wanita warga Iran kira-kira pukul 1 pagi Khamis lalu selepas curiga dengan barangan yang dibawa dalam dua buah beg berisi makanan ringan termasuk 'cappucino' dan 'coffeemix'.

"Imbasan awal mendapati tiada barangan yang mencurigakan ditemui dalam beg tersebut.

"Bagaimanapun selepas penumpang tersebut diarah membuka salah sebuah beg yang dimuatkan dengan makanan ringan seperti coklat, candy, cappucino, coffeemix, ia telah menimbulkan keraguan pegawai bertugas, lalu pelancong tersebut diarahkan untuk pemeriksaan rapi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ini merupakan kes kelima melibatkan warga Iran yang ditahan kerana cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini sejak Ogos lalu.

Menurut Govinden, suspek berusia 24 tahun memasukkan 27 bungkusan kecil syabu dalam setiap paket cappucino daripada jenama Good Day Cappucino dan 36 peket lagi dalam satu pek Super Coffeemix.

"Kes ini diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

"Suspek ketika ini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Govinden memberitahu, bermula Januari sehingga 1 Oktober lalu, JKDM berjaya menggagalkan 21 kes dengan rampasan 80 kilogram dadah daripada pelbagai jenis bernilai hampir RM8 juta.


Sumber dari :
http://www.utusan.com.my

01 October 2011

Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

PULAU PINANG 30 Sept. 2011 - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu yang tersinggung dengan dakwaan kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu masih tetap mahu mempertahankan pendirian dengan menuduh kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.
"Dalam laporan media, Sultan Johor juga bertitah bahawa baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

"Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dilihat di laman blog Guan Eng, http://limguaneng.com.

Menurut Guan Eng, beliau akan tetap membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu menganggap Guan Eng tidak ikhlas kerana beliau terus menyalahkan pihak lain khususnya 'media Barisan Nasional (BN)' yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan perangai beliau yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Perangai dia sebenarnya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Johor, khususnya polis, kakitangan kerajaan dan para peniaga kerana dia telah menghina Johor walaupun realitinya kadar jenayah menurun," katanya.

Mohd. Puad berkata, dia sepatutnya bukan sahaja memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi kepada seluruh rakyat negeri ini kerana menuduh kakitangan kerajaan tidak bersih.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abd. Samad pula menyifatkan permohonan maaf Guan Eng itu menyerlahkan perangainya sebagai pembohong besar.

"Sama ada dia ikhlas atau tidak ikhlas memohon maaf atas keceluparannya, ini bermakna media telah mendedahkan dan melaporkan perkara yang benar. Sekalung tahniah diucapkan kepada media yang berjaya menyelongkar pembohongan seorang pemimpin DAP (Guan Eng).

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, sebenarnya Guan Eng tidak sedar yang membocorkan perkara itu adalah media asing yang mentertawa dan tidak gemar dengan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kalau dah mohon maaf, diam-diam sajalah, jangan cuba menyalahkan pihak lain (media)," katanya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula berkata, permohonan maaf Guan Eng bukti jelas bahawa beliau bersalah dan secara sedar telah melakukan sesuatu yang mengguris seluruh rakyat Johor, khususnya Sultan Johor.



Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
Sumber dari :
http://www.utusan.com.my


22 September 2011

Mat Sabu Didakwa Tohmah Polis

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam bagi menghadapi tuduhan membuat tohmahan terhadap anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong. – utusan/ismail kamadin.

BUTTERWORTH 21 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam, 21 Ogos lalu.

Mohamad atau Mat Sabu dipercayai ahli politik pertama yang didakwa di mahkamah atas tuduhan membuat tohmahan terhadap anggota polis dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam peristiwa bersejarah yang berlaku lebih 60 tahun lalu di Johor.

Dalam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin, Mohamad didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis, Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam peristiwa tersebut, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mohamad yang berbaju T hijau, berseluar hitam dan berjaket biru kelihatan tenang sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan mengangguk tanda faham atas pertuduhan tersebut.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibuat selepas aduan daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Mohamad Hanafiah Zakaria bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff dan Suhaimi Ibrahim manakala Mohamad diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkifli.

Mohamad Hanafiah memohon agar Mohamad diikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan namun jumlah itu dibantah oleh Mohamed Hanipa yang menyatakan anak guamnya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan kes sementara perbicaraan dijadualkan dari 5 hingga 9 Disember depan.

Mohamad dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin pada pukul 12 tengah hari.

Ahli politik parti pembangkang itu ditahan petang semalam setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada malam tadi setelah percakapannya dirakam.
Memetik laporan akhbar hari ini, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat oleh Mohamad termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media.



Oleh AZELI ALI azeli.ali@utusan.com.my
Sumber dari :
http://www.utusan.com.my

10 September 2011

Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan



KUALA LUMPUR 9 Sept.2011
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

''Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.




Sumber dari :
http://www.utusan.com.my

09 September 2011

Ke arah Mencapai Kemerdekaan Malaysia




Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka.

Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan sejagat, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada  Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihanraya tersebut.
Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam masa empat tahun.

Pada 1Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku  Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka   mengangkat sumpah jawatan pada 9 Ogos 1955.

Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin lewat diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah mencemaskan Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.

Kebimbangan Inggeris memberikan kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia memperlihatkan kebijaksanaan siasah Tunku Abdul Rahman. Sementara di pihak PKM, mereka menolak dengan angkuh permintaan Tunku untuk membubarkan partinya malah terus memilih untuk meneruskan penentangan bersenjata yang ternyata telah banyak membawa kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar Bandar dan menggugat keselamatan dan ekonomi negara.
Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.

Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah.

Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.



Sumber di petik dari :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my

05 August 2011

Jom Undi Logo MyRapidTransit Ini Segera


Abg Isz nak ajak rakan-rakan semua luangkan sedikit masa untuk mengundi Logo MRT ini tanpa menggunakan akaun Facebook (yang masih menghadapi masalah). 

Mudah dan senang sahaja hanya perlu mendaftar ke dalam Laman Web MRT Logo Contest. Cepat! Buatlah undian sekarang sebelum 11.59 malam 7 Ogos 2011. Sokonglah Abg Isz ya...

Cara-caranya :
2. Buka Emel dari My Rapid Transit dan klik link URL pengesahan pendaftaran.
4. Buka URL Logo di http://www.mrtcontest.com/?p=14873 dan klik "Vote"
5.Jika berjaya, "Vote" akan menjadi "Voted"

Jom lihat Keputusan Semasa di :

Calon Grand Prize
Calon Consolation Prize

p/s: logo MRT Mialiana berada dalam calon Grand Prize.

04 August 2011

Masalah Vote Logo MRT Dan Cara Penyelesaiannya - mialiana.com

Sebenarnya Mia agak kecewa dengan sikap penganjur yang mengabaikan aduan yang telah dibuat oleh peserta. Ramai peserta mengadu pengundi tidak dapat vote melalui Fb. Dah lebih seminggu masalah ini berlaku. Apa yang berlaku sebenarnya di sebalik tabir, tidak dapat dipastikan. Mungkin juga di kala ini, penganjur sedang sibuk bertungkus-lumus menyelesaikan masalah vote melalui FB... Kita tunggu dan lihat sahaja. Tempoh masa mengundi sudah hampir tamat, ada lagi 4 hari sebelum ianya ditutup. 








Sila klik pada gambar untuk besarkan

Sebagai salah seorang dari peserta MRT Logo Contest, Mia pun ada hak untuk mendapatkan undian daripada rakan-rakan. Mia ada create event di Facebook untuk menjemput mereka mengundi. Betapa sedihnya sebab masih ramai lagi yang tidak boleh mengundi. Button "Login To Vote" tidak berfungsi. Bila nak undi, terpaksa refresh banyak kali itupun kalau nasib baik boleh lah mengundi. Masih juga bermasalah, walaupun telah menggunakan browser Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.

Mia bukan nak mengaibkan pihak penganjur. Tidak sama sekali. Tapi inilah hakikatnya. MRT Logo Contest ini bukannya calang-calang contest sebab ianya menawarkan RM 10,000 kepada logo yang mendapat undian terbanyak dan RM 2,000 untuk 20 peserta seterusnya. Semua rakyat Malaysia berhak untuk memasuki contest ini. Untuk menganjurkan contest ini juga bukanlah mudah. Terdapat juga logo-logo yang mendapat undian dari cara yang tidak dibenarkan dan masih dalam siasatan pihak penganjur.

Sebagai alternatif lain, Mia hendak menyarankan kepada rakan-rakan semua supaya mendaftar ke http://www.mrtcontest.com/wp-login.php?action=register untuk vote.

Sila klik pada gambar untuk besarkan

  1. Sila isikan butiran maklumat yang diminta.
  2. Masukkan word Captcha yang tertera di skrin
  3. Pilih "Vote Logo" di ruangan "Choose to submit /vote"
  4. Kemudian klik button "Register"
  5. Sila buka email dari MRT Logo Contest dan buat pengesahan pendaftaran
  6. Kemudian Login dan "Vote" logo di URL http://www.mrtcontest.com/?p=14873
Memang agak leceh sedikit kerana terpaksa membuat pendaftaran terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dapat jugalah mengundi daripada tidak boleh langsung.

Terima kasih kerana sudi mengundi logo MRT Mia ini. Tidak terbalas rasanya budi yang telah ditaburkan dan sokongan yang diberikan.

p/s: kepada rakan-rakan blogger, Fb dan Twitter yang perlukan vote untuk mana-mana contest, sila beritahu URL link dengan meninggalkan mana2 komen di dalam entri ataupun post kan ke dalam FB page mialiana.com

(sumber di copy bulat2 dari mialiana.com)

23 July 2011

Sokongan Padu Kepada Rakan Blogger


Rakan blogger Isz Mialiana menyertai Pertandingan Mencipta Logo MRT untuk Klang Valley My Rapid Transit. Logo diatas direka oleh Mialiana sendiri dan telah dihantar pada 19 Julai 2011. Penganjur telah menerima dan memasukkan ke dalam laman pertandingan. Sudah ada lebih 2000 penyertaan pada masa itu. Sepanjang masa ada sahaja penyertaan baru dan laman undian akan sentiasa berganjak ke  page yang lebih besar.

Logo Mialiana sekarang berada di page 149  muka surat semasa (Current Page) akan bergerak mengikut penyertaan baru.

Cara-cara untuk megundi, mudah sahaja. (tak sampai 1 minit)
  1. Buka laman ini http://www.mrtcontest.com/?p=14873
  2. Kedudukan Logo dalam page 149 (jika tiada di page 149 cari di page 150 dan seterusnya)
  3. Login ke Akaun Facebook (pada atas laman web kvmrt )
  4. Setelah Login FB akan keluar pop-up Request for Permission klik Allow
  5. Cari Logo MRT yang sama seperti di atas. Posted by Juliana. (Nama sebenar Mialiana)
  6. Klik pada perkataan Vote
  7. Undian akan bertambah 1 angka dan perkataan Vote bertukar menjadi Voted
Paparan Skrin (Sila Klik Untuk Besarkan Gambar)




Hanya perlu mengundi sekali sahaja. 1 akaun Facebook untuk 1 logo. Pemenang akan dikira berdasarkan kepada undian yang terbanyak. Anda yakin dengan logo ini, sila lah buat undian. Undian hendaklah dibuat sebelum 11.59 malam 3 Ogos 2011.

Terima kasih kerana sudi menyokong Mia. Setiap undi amat berharga.

Info Terkini (8.25 pagi 23/7/2011)


P/S : Kepada sesiapa atau rakan-rakan blogger yang baik hati dan belum mengundi marilah mengundi beramai-ramai. Sokongan dari rakan-rakan blogger amat dihargai. Mialiana 

17 July 2011

Kemalangan Langgar Lari

Kemalangan Oh Langgar lari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini Isz nak cerita sikit pasal kemalangan yang tidak diminta@langgar lari. Minggu lepas kereta anak saudara Isz kemalangan kecil. Itu lah Isz nak membebel sikit. Anak saudara Isz belajar di Batu Pahat dan pakir di depan Bangunan Tabung Haji Batu Pahat. Selepas habis kelas beliau ke pakir kereta untuk pulang ke asrama. Tiba-tiba di dapati bahagian depan kiri atas tayar telah kemek sehingga ke pintu depan. Peliklah orang sekarang memandu dan parkir kenderaan macam orang tidak ada lesen. Beliau pulang pada hujung minggu di Johor Bahru dan bapa beliau bersama-sama Isz ke kedai mengetuk dan mengecat kereta pada hari sabtu dan jumlah untuk baik pulih sebanyak RM 250. Panas!!Panas!!Panas!! Tak pasal-pasal kena keluar duit sendiri.




Ini lagi satu cerita. Kira-kira 6 bulan yang lalu, kereta Isz pun kena langgar di parkir di depan rumah, kebetulan malam itu Isz keluar dengan kereta kawan dan tiada orang rumah. Balik ke rumah tiba-tiba didapati kereta dah kemek sebelah kanan belakang. Tidak ada orang yang mengaku atau menampilkan diri atau meninggalkan masej. Tanya dengan jiran-jiran pun cakap tak tahu. Ini boleh dikira langgar lari. Tapi pada pendapat Isz yang dah hampir 16 tahun memandu, Kerajaan (JPJ) harus memperketatkan lagi kelulusan untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan sebabnya keadaan jalan raya yang semakin ramai@banyak kenderaan sekarang. Kena ubahsyarat dari masa ke semasa. Tapi Isz redha ajelah nak buat macam mana tidak ada orang yang nak mengaku.


Kesimpulannya janganlah menyusahkan orang lain dan mengakulah kesalahan sendiri.

08 July 2011

Panglima Si Bongkok Pahlawan Johor

Sejarah negeri johor yang tidak ditulis tetapi sampaikan secara lisan dari genarasi ke generasi sehingga kini. Jom layan video klip di bawah zasss...



(Sumber dari youtube di uploaded oleh 79redzuan79)

07 July 2011

Tanjung Puteri

Lagu rakyat johor nie ada menyebut Pusara Lagenda Panglima Si Bongkok, Syookk lagu nie mendayu-dayu.. jom layan zasss...




(Sumber dari youtube uploaded oleh xBadoMx)

06 July 2011

Lagu Negeri Johor

Seharusnya setiap rakyat Negeri Johor boleh menyayikan lagu ini. Sila saksikan video klip di bawah ini.



Allah Peliharakan Sultan
Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah Selamatkan Sultan

*(sumber dari youtube di upload oleh anakmelayu1988)