Kemalangan Oh Langgar lari
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini Isz nak cerita sikit pasal kemalangan yang tidak diminta@langgar lari. Minggu lepas kereta anak saudara Isz kemalangan kecil. Itu lah Isz nak membebel sikit. Anak saudara Isz belajar di Batu Pahat dan pakir di depan Bangunan Tabung Haji Batu Pahat. Selepas habis kelas beliau ke pakir kereta untuk pulang ke asrama. Tiba-tiba di dapati bahagian depan kiri atas tayar telah kemek sehingga ke pintu depan. Peliklah orang sekarang memandu dan parkir kenderaan macam orang tidak ada lesen. Beliau pulang pada hujung minggu di Johor Bahru dan bapa beliau bersama-sama Isz ke kedai mengetuk dan mengecat kereta pada hari sabtu dan jumlah untuk baik pulih sebanyak RM 250. Panas!!Panas!!Panas!! Tak pasal-pasal kena keluar duit sendiri.
Ini lagi satu cerita. Kira-kira 6 bulan yang lalu, kereta Isz pun kena langgar di parkir di depan rumah, kebetulan malam itu Isz keluar dengan kereta kawan dan tiada orang rumah. Balik ke rumah tiba-tiba didapati kereta dah kemek sebelah kanan belakang. Tidak ada orang yang mengaku atau menampilkan diri atau meninggalkan masej. Tanya dengan jiran-jiran pun cakap tak tahu. Ini boleh dikira langgar lari. Tapi pada pendapat Isz yang dah hampir 16 tahun memandu, Kerajaan (JPJ) harus memperketatkan lagi kelulusan untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan sebabnya keadaan jalan raya yang semakin ramai@banyak kenderaan sekarang. Kena ubahsyarat dari masa ke semasa. Tapi Isz redha ajelah nak buat macam mana tidak ada orang yang nak mengaku.
Kesimpulannya janganlah menyusahkan orang lain dan mengakulah kesalahan sendiri.
28 comments:
heheh.. ni langgar lari ..
bahaya.. ramai dah y kena..
sabar jela..
memang betul ramai yang kena time parking tmbah2 time pegi mall,,tensi owhhh..
sabo je la..setel time kat mahsyar je t
uhuh, bln lepas lg best bagi sy keta kena impit plak kat bas calar n kemek sebelah kiri keta. nak tutup pintu pun dah tak betul....ni kira langgar lari jugaklah sebab orang bawak bas tu buat dek jer...mentang2 dia besar...sakit jugaklah hatinya...sabar..
mmg sakit hati... tapi kalau kereta kena calar dgn sengaja lg sakit hati... huhuhu
mestilah dia orang lari sebab takut nanti kena keluar duit banyak
sabor je la.. :)
Zaman sekarang ni tak semua yg benar² kompeten utk drive kereta. Kursus memandu hanya pada undang² + basic driving .. takde pun utk buat parking yg pelbagai jenis petak parking di Malaysia ni (petak lurus, petak senget, saiz petak yg amat sempit, takde petak .. hmmm??). Ramai yg dah menjadi mangsa keadaan mcm ni. Tapi, apa nak buat sbb org yg salah tu dah cabut lari (sbb takut kena cabut telinga agaknya :p).
sampai kemik...teruk tol..hu2
http://www.nizamijam.com/2011/07/bila-ada-di-benci-bila-tiada-di-cari.html
ni masalah sikap....klu ketatkan undang2 mcm mana pun tp ada segelintir manusia still dgn sikap pentingkan diri sendiri...masalah ini tetap berulang gak kn...kdg2 sakit hati jugak rasa nk lempang2 je huhu...
As salam isz.. sy pn dh kna mcm ni. Keta diparking kna langgar dn dpt hadiah lekuk kat pintu.. Tensen betoi..sapa yg langgar dn lari mcm tu mmg sy x maafkn la..
teruk hentaman tu. nampak sangat tak reti bawak kereta. dia anggap risiko mudah je bila bawa kereta tak ikut akal... sedap hati dia je rasa2 lepas.
minta simpang.... sy tak nak menjadi punca kemalangan atau mangsanya...
sabar.. yang penting orangnya selamat kan? :-)
erk..kesianyya..sabar je lah ye..=)
ujian tuhan tu..kena sabaq banyak..wat report polis pastu claim insurans kalau kos repair tu lebih 300
Teruknya... tu laa mgg ramai sekarang nie bawak keta pandai.. parking yg x pandainya... pelik betul... JPJ buat apa ek masa test tu... lagi satu kdg2 nie bahana Auto gear... kalau manual salah tekan mati enjin... tapi auto salah tekan lagi laju melucur.. nak2 yg baru belajar... sampai ada langgar anak sbb terlalu kalut... huhuhuh... Kesian kat abg isz
report POLIS!!
hallo..nice to meet u here..hehe..njoy bace ur blog....
Salam Ramadhan Karim…selamat berpuasa, moga dirahmati-NYA =)
tak nak bertanggungjawab sanggup lari..kalau melibatkan nyawa itu lebih kejam...
kejam kot org yang langgar lari ni
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/
Unqueѕtionably imagine that whісh уou ѕaid.
Your favοrіtе reaѕon appеared to be at the
inteгnet thе easieѕt factοг to be aωare οf.
I say to you, I certainly get iгkeԁ at the same
timе as peοple consіder ωoгries that they plainly dοn't know about. You managed to hit the nail upon the top and outlined out the entire thing with no need side effect , other folks could take a signal. Will likely be back to get more. Thanks
my website samsung galaxy note 2
Look into my web page ...
Hello! This is kind of οff tοpic but I nеeԁ sοme guіdanсe fгοm an
establishеd blog. Ӏs it tough to sеt up your oωn blog?
I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm thinκing аbout making my own but Ӏ'm not sure where to start. Do you have any tips or suggestions? Appreciate it
my weblog - pikavippi
Here is my blog post pikavippi
I ѕavor, cause I found just what I waѕ looking foг.
You've ended my four day lengthy hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye
Here is my web-site ; buy twitter followers without following
Magnificent web site. A lot of useful info here. I'm sending it to some pals ans additionally sharing in delicious. And obviously, thank you on your sweat!
My site :: online games
I am sure this article has touched all the internet visitors, its really really nice post
on building up new web site.
Also visit my web site ... ava fx
Heya this is kinda of off topic but I was wanting to know
if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!
Also visit my site: 10000 twitter followers
saya pun baru terkena langgar lari...kete saga flx silver WVP XXXX...
dah remuk redam blkg kete aku, pastu cabut lari camtu je...
takpe...dunia mu blh lari...Allah balas lebih terok lagi dr ape mu buat kat aku....susahkan org je....binatang bertopengkan manusia je yg jenis lari lepas buat salah n lari dari tanggungjawab...
Post a Comment