Peminat Seni & Sejarah

01 October 2011

Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

PULAU PINANG 30 Sept. 2011 - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu yang tersinggung dengan dakwaan kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu masih tetap mahu mempertahankan pendirian dengan menuduh kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.
"Dalam laporan media, Sultan Johor juga bertitah bahawa baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

"Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dilihat di laman blog Guan Eng, http://limguaneng.com.

Menurut Guan Eng, beliau akan tetap membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu menganggap Guan Eng tidak ikhlas kerana beliau terus menyalahkan pihak lain khususnya 'media Barisan Nasional (BN)' yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan perangai beliau yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Perangai dia sebenarnya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Johor, khususnya polis, kakitangan kerajaan dan para peniaga kerana dia telah menghina Johor walaupun realitinya kadar jenayah menurun," katanya.

Mohd. Puad berkata, dia sepatutnya bukan sahaja memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi kepada seluruh rakyat negeri ini kerana menuduh kakitangan kerajaan tidak bersih.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abd. Samad pula menyifatkan permohonan maaf Guan Eng itu menyerlahkan perangainya sebagai pembohong besar.

"Sama ada dia ikhlas atau tidak ikhlas memohon maaf atas keceluparannya, ini bermakna media telah mendedahkan dan melaporkan perkara yang benar. Sekalung tahniah diucapkan kepada media yang berjaya menyelongkar pembohongan seorang pemimpin DAP (Guan Eng).

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, sebenarnya Guan Eng tidak sedar yang membocorkan perkara itu adalah media asing yang mentertawa dan tidak gemar dengan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kalau dah mohon maaf, diam-diam sajalah, jangan cuba menyalahkan pihak lain (media)," katanya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula berkata, permohonan maaf Guan Eng bukti jelas bahawa beliau bersalah dan secara sedar telah melakukan sesuatu yang mengguris seluruh rakyat Johor, khususnya Sultan Johor.



Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
Sumber dari :
http://www.utusan.com.my


27 comments:

aida-myasara said...

cakap siang pandang2 kalau cakap malam........?

ASSOYFINGER67 said...

salam...dia tahu orang kita nie senang nak minta maaf..namewee tu tak minta maaf pun PM layan baik jer!

ataicha said...

tu ler.. cakap orang tua... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... paham2 la sendiri..

Liza @ Adzriel AB said...

adab kenalah jaga. ishh...cakap lebih nanti susah pulakkan.

cik wanie Lovela (CWL) said...

tensen pasal politik nie..emm

kak dila said...

kalau org besar2 buat salah kat org bawah mesti dan semestinya tak nak minta maaf ...ada jer alasanya...tapi kalau org bawah yg buat silap kat org atas2....tak minta maaf tak melutut merayu tak jilat tapak kaki diorang... mesti kena macam2...

yang penting kita ni semua dah minta ampun dan maaf ker dengan yang paling TERATAS...??

dj Surendeng said...

yeaah...begitulah...
lidah tdk bertulang.. semudah berkata.. semudah itu pula lupa...

sabar je..malaysian terkenal penyabar kan... :)

hafiz hafizol said...

xsuke aku politik nie!!!! Hehehehe

Hanif said...

politic is dirty...

Elie Lily said...

2 la dia dunia politik! macam2 hal..

::fatihahanapi:: said...

gitu plak dah...

dwaty said...

gua kalau bab politik ni malas nak ambil tahu... semua nak menang... tak nak sepakat langsung

khairul said...

politik...politik.....

dayu_myself said...

rase mcm skrang sume bende nak dpolitikkn..
dulu best nye tgok brte..
skang 24jm psl politik..
pning2...
bosn pun ade gk..huh...

Cik SHiNJU said...

Singgah polow...
Lim Guan Eng ni sape?
huhuh

::Misz sunsWeetz:: said...

da la x ngaku...x le bla la ..dier tu..~

Bilal binti Robah said...

tapi guan eng dah minta maaf kn
kita terima je lah dgn berlapang dada
kenapa masih perlu diisukan hal ini?

ABG ISZ said...

Terima kasih atas komen anda semua !!!!

Fazreen Misbae said...

alahai...sakit jia tgk berita kuar psl politik je...press pon satu hal, korek dlm2 punye..makin kecoh satu M'sia..politik, bosan la...

Cik Jannah said...

haa.. tembak je dia

ABG ISZ said...

amboi ganaznya cik jannah, #gurau aje

Azizan Zolkipli said...

hmmm ... macam2 lah permainan politik ni. seronok tengok, tapi tak suka nak terlibat huhuhu ...

ZanaNordin said...

As salam
gitew ler bila sumer nak di politikkan...

khairul@kechik said...

politik Malaysia makin haru biru..Peace!!

oli-go said...

bg satu pulau kt die ni bia die buat negara sendiri..

ain dzaya said...

spe uncle nie?
wa ta minat politik la der...

cara mengobati nyeri sendi secara alami said...

selalu sabar yah